|
Bunting Palestin di dalam ruang masjid |
|
Gerai Aqsa Syarif |
|
Penolong Setiausaha IKRAM N.Sembilan, Hj. Abdul Malek Alias memberi ucapan |
|
Tn. Hj. Norazmi Talib, penceramah Aqsa Syarif pada malam tersebut |
Program perkongsian pengalaman misi bantuan ke Gaza diadakan di Masjid Kariah Panchor Jaya pada 13 November 2010 selepas Maghrib. Majlis dianggarkan dihadiri oleh lebih 100 orang. Ceramah disampaikan oleh Al-Akh Hj. Norazmi Talib, aktivis Aqsa Syarif Daerah Sepang dan Dato’ Dr. Musa Mohd Nordin, ahli IKRAM dan Pakar perunding Pediatrik yang baru pulang dari misi VP5. Menarik dan membuatkan hadirin teruja ialah mereka berasal dari Negeri Sembilan. Walaupun, tiada ahli Aqsa Syarif atau IKRAM Negeri Sembilan yang menyertai VP5 sekurang-kurangnya kedua-dua orang anak negeri ini membuatkan kita bangga dengan mereka berdua. Majlis bermula agak lewat disebabkan masalah teknikal. Walau bagaimanapun, program bermula lancar selepas masalah itu diatasi dengan menggunakan laptop Dr. Musa.
|
Antara jamaah masjid yang hadir mendengar ceramah |
|
Dato'. Dr. Musa bin Nordin, penceramah dari Viva Palestina Malaysia |
Hj. Norazmi menceritakan pengalaman perjalanan beliau sebelum sampai ke Gaza. Menurut beliau, 39 buah kenderaan yang sarat dengan peralatan sekolah dan ubatan sahaja dibenarkan untuk dibawa masuk. Bermula dari Britain, mereka merentasi 5 buah negara iaitu Perancis, Italy, Greece, Turki dan Syria sebelum menaiki kapal ke Pelabuhan Al-Arish. Rata-rata rakyat di negara-negara tersebut memberikan sokongan padu kepada konvoi kemanusiaan ini. Mereka tinggal di Latakia, Syria agak lama iaitu selama 18 hari kerana menunggu kebenaran pihak kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza. Beliau turut menyebut nama-nama insan yang hebat seperti Tony (Ireland), Pat O’Dea (NZ), Carol (Britain) yang menginsafkan beliau bagaimana insan yang bukan beragama Islam ini sanggup bersusah payah dan berkorban untuk membantu saudara seinsan mereka di gaza. Semangat dan untaian kata-kata beliau yang diselangi pelat Nogohi memberikan semangat kepada para hadirin untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza.
|
Antara Tabung Palestin yang menarik |
|
Yang Dipertua IKRAM N.Sembilan, Prof. Hj. Badlishah Sham Baharin menyampaikan cenderamata kepada pihak masjid |
Dato’ Dr. Musa pula memulakan ceramah belaiu dengan mengungkapkan semula kata-kata Dr. Ismail Hanieh, Perdana Menteri Gaza iaitu “Waaddal Amanah Wanasahal Ummah Wajihadi Fillahi Haqqa Jihadi”. Beliau sepanjang ceramahnya dengan nada yang penuh bersemangat menyatakan bahawa perjalanan mereka ke Gaza adalah perjalanan spiritual. Bangun 3.30 pagi dan dituruti dengan Qiamullail dan sebelah siangnya mempersiapkan bekalan ke Gaza. Rombongan mereka juga disertai oleh pimpinan seperti Syaikh Umar (Mauritania) dan Dr. Usamah (Kuwait) yang sentiasa memberikan sentuhan-sentuhan ruhani. Perjalanan yang mengambil masa lebih sebulan iaitu bermula 18 September 2010 dan memasuki Gaza pada 21 Oktober 2010 dan disertai oleh 400 orang sukrelawan. Perjalanan yang mereka lalui ialah sejauh 4000 batu dan sukarelawan bergilir-gilir memandu van mereka. Turut bersama mereka ialah Timbalan Speaker parlimen Algeria di mana kerajaan Algeria turut menyumbang 40 buah van “brand new”. Malaysia menyumbang sebanyak 6 buah van (3 Aqsa Syarif, 3 VPM). Juga bersama mereka ialah Syeikh Ismail dari Jordan yang berusia 83 tahun yang juga berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang Israel. Kata-kata seperti, “Keamanan tanpa keadilan adalah satu jenayah”, “From the mountains to the sea, Palestine will be free”, “Birruh, Biddam, Nafdiqa Ya Aqsa” memperlihatkan betapa tingginya semangat para sukarelawan dan berharap ia dapat dikongsi bersama masyarakat di malaysia agar turut sama berjuang untuk membantu Gaza dan membebaskan Al-Aqsa. Dan terakhir, penulis agak terkesan dengan kata-kata beliau bahawa mereka di sana hanyalah “Gurkha Lillahitaa’la”. Muga-muga Allah menerima amal para pejuang Gaza/Palestin sama ada yang berada di Gaza atau yang berjuang dari jauh, amin Ya rabbal Alamin. Sumbangan yang diterima pada malam tersebut adalah sebanyak RM 600.00
|
Pengunjung gerai Aqsa Syarif |
Laporan disediakan oleh
Shamsuri Abdullah
Aqsa Syarif NS
ana mohd nor azmi dari aqsa syarif hulu selangor. ana nak mohon antum call ana balik. nak.minta buat bunting/info palestine yang antum dah buat. kami nak copy jer. sebab apabyg antum buat memang dah cukup mantap!
ReplyDeletecall ana asap 0193401004