Tuesday, August 17, 2010

Pelancaran Program Menyambut Bulan Ramadan dan Ceramah Palestin di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban


Para Pelajar Sedang Berkumpul Menanti Program Bermula


Kelihatan Pelajar Mengunjungi Gerai Pameran dan Jualan Kendalian Aqsa Syarif N.Sembilan


Wakil Aqsa Syarif Seremban, En. Hasri Wazir Antara Yang Membantu Melancarkan Perjalanan Program


Antara Bunting Palestin Yang Kelihatan Ketika Program Berjalan

Aqsa Syarif N.Sembilan telah dijemput untuk berkongsi maklumat berkenaan kepentingan perjuangan pembebasan bumi Palestin pada 10 Ogos 2010 yang lepas di Dewan Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban (SMTTJ). Program bermula dengan ucapan dan perasmian program pada jam 3.30 petang. Inisiatif ini adalah anjuran pihak sekolah bersama PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar.

Program ini amat bermakna kerana diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr Selamat Aliman, alumni SMTTJ. Selain ceramah, pihak Aqsa Syarif N.Sembilan juga telah membuka gerai jualan dan pameran. Alhamdulillah, lebih RM1000 berjaya disumbangkan oleh warga STTJ. Program berakhir dengan jamuan di dewan makan sebelum waktu Maghrib. Difahamkan seekor lembu telah ditumbangkan dan warga SMTTJ bergotong royong memasak untuk majlis ini.

No comments:

Post a Comment