Monday, December 26, 2011

Aqsa Syarif Mengimbau Satu Peristiwa Dahsyat Yang Berlaku 3 Tahun Lalu

Aqsa Syarif mengimbau satu peristiwa dahsyat yang berlaku tiga yang lalu, di saat seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru hijrah dan berada diambang  sambutan tahun baru miladiah iaitulah serangan biadap yang dilancarkan oleh regim Zionis Israel ke atas jalur Gaza pada 27 Disember 2008. Seramai 1,500 rakyat Palestin gugur syahid dalam peristiwa menyayat hati ini dan hampir 5,000 yang lain mengalami kecederaan yang parah dan kecacatan sepanjang hayat. Peristiwa yang telah berlalu selama tiga tahun ini kini mungkin telah dilupakan oleh sebahagian besar warga dunia. Namun hakikatnya perang yang tidak diistiharkan ini tidak pernah berakhir bahkan tidak pernah berhenti sejak 64 tahun yang lalu  dan boleh berulang kembali pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. Bahkan serangan berlaku saban hari di bumi Palestin yang menyaksikan sehingga belasan atau puluhan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara atau bedilan dari sempadan.
          
Aqsa Syarif ingin mengingatkan rakyat Malaysia tentang penderitaan yang masih ditanggung oleh Palestin di Gaza. Bahkan selepas tiga tahun peristiwa itu berlaku, rakyat Gaza masih dikepung dan terus dikenakan sekatan ekonomi dan dihalang dari mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan air bersih, bahan binaan dan bahan bakar. Kedudukan mereka tidak pernah berubah sejak enam tahun yang lalu (bermula 2006) apabila Israel menutup sempadan keluar-masuk dan laluan laut dan udara. Yang lebih memilukan ialah Negara umat Islam yang berjiran dengan Gaza iaitu Mesir turut tunduk kepada tekanan Israel dan menutup satu-satunya laluan ke Mesir dipintu masuk Rafah. Bahkan sewaktu rakyat Gaza yang tercedera cuba untuk mendapatkan rawatan di Mesir, mereka telah dihalang dari memasuki sempadan sehingga ada yang meninggal kerana menunggu beberapa hari di pintu masuk. Bukan sahaja penduduk Gaza tidak dibenarkan menyeberang masuk bahkan bantuan perubatan yang datang dari seluruh dunia juga tidak dibenarkan masuk untuk menghantar doktor, ubat-ubatan dan peralatan untuk rawatan. Sesungguhnya dunia belum pernah menyaksikan kezaliman yang begitu menyolok mata yang dilakukan oleh umat islam sendiri ke atas saudara-saudara seagama mereka.
          
Berbanding dengan pendirian Mesir dan regim-regim Negara Arab yang bersekongkol dengan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat, kita lihat beberapa inisitif yang diambil oleh warga dunia yang begitu prihatin dan sanggup meletakkan nyawa mereka dalam bahaya untuk membantu rakyat Gaza atas dasar kemanusiaan yang tulus. Kita menyaksikan bagaimana usaha penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan oleh ahli-ahli parlimen Eropah dan NGO melalui jalan laut telah dibedil oleh Isreal sehingga mereka hampir maut dalam cubaan untuk menyelamatkan penduduk Gaza. Seorang ahli parlimen British George Galloway pula melakukan satu inisiatif untuk menghantar konvoi yang terdiri dari lebih dari 100 buah ambulan dan ubat-ubatan ke Gaza melalui jalan darat pada bulan Disember 2009. Apa yang menakjubkan ialah warga Britain dari beberapa buah daerah telah menyumbang ambulan mereka tersendiri untuk disumbangkan kepada penduduk Gaza. Begtu juga sumbangan dari rakyat Amerika yang bergabung di bawah inisiatif Viva Palestina USA. Alhamdulillah rakyat Malaysia juga melalui sumbangan orang ramai telah menyumbang sebanyak 4 buah ambulan terhadap usaha ini. Ini disusuli pula dengan Life Line for Gaza LL4G yang melibatkan lebih 600 sukarelawan dari seluruh dunia yang menyertai flotilla di atas kapal Mavi Marmara yang cuba menerobos 'tembok kematian' gaza pada bulan Mei 2010. Seramai 12 orang sukarelawan dari Malaysia telah mengambil bahagian termasuklah Pengerusi Aqsa Syarif ketika itu Ustaz Hassanuddin Mohd Yunus dan Ir Dr Selamat Aliman, ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Dunia menyaksikan bagaimana Israel dengan biadap telah menyerang Flotilla kemanusiaan ini sehingga 9 orang aktivis terkorban syahid. Meskipun misi ini berakhir dengan tragedi, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat warga dunia yang cintakan keamanan dan membenci kezaliman Zionis untuk terus berjuang membela rakyat Palestin yang tertindas dan berusaha untuk membebaskan mereka. Bantuan kemanusiaan diteruskan lagi dengan Konvoi darat yang melibatkan lebih dari 200 kenderaan ambulan dan kenderaan pengangkutan yang lain. Misi kali ini terut disertai oleh Aqsa Syarif di mana 7 orang sukarelawan di bawah pimpinan Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar bergabung bersama lima orang sukarelawan Viva Palestina Malaysia di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Adnan Tahir. Misi yang diberi nama Viva Palestina V dan Aqsa 2 Gaza ini telah membawa amanah berupa 6 buah ambulan sumbangan rakyat Malaysia dan bantuan wang ringgit, ubat-ubatan dan barang keperluan asas yang lain. Kemahuan yang tinggi untuk membebaskan rakyat Palestin dari cengkaman kezaliman Zionis telah menggerakkan misi Aqsa2Gaza2 pada bulan Ramadhan yang lepas di mana 11 orang sukarelawan Aqsa Syarif telah berjaya memasuki Gaza dan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1.5 juta. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia amat prihatin dan akan terus menyahut seruan membantu rakyat Palestin. Aqsa Syarif akan terus bersama rakyat Malaysia untuk menerajui usaha-usaha murni atas nama kemanusiaan dan membanteras pendudukan Israel yang tidak sah sejak 64 tahun yang lalu.
 
Aqsa Syarif akan terus memacu kempen kesedaran Palestin dalam pelbagai bentuk dan pendekatan. Setiap warga Malaysia tanpa mengira tahap umur dan lapisan akan terus diperkasa dengan maklumat, kesedaran dan seterusnya diberi ruang untuk menyumbang kepada rakyat Palestin dengan bermakna. Sumbangan berupa wang ringgit, tenaga kerja kesukarelawanan dan penglibatan dalam kempen kesedaran sentiasa dialu-alukan oleh Aqsa Syarif. Bagi Aqsa Syarif penglibatan khalayak dalam program-program yang disusun adalah petanda positif bahawa seluruh rakyat Malaysia sentiasa berganding bahu dalam isu yang melibatkan pembelaan ke atas rakyat Palestin. Program berbentuk rekreasi dan kesukanan seperti pertandingan 'Paintball' anjuran Aqsa Syarif Selangor ini adalah satu lagi inisiatif untuk melibatkan semua lapisan masyarakat terutama golongan muda yang suka kepada cabaran dan aktiviti yang menguji ketangkasan. Adalah menjadi harapan Aqsa Syarif, penglibatan golongan muda akan merancakkan lagi kempen kesedaran perjuangan pembebasan Palestin. penglibatan sebegitu ramai pasukan yang dibentuk termasuklah dari PCOM (Palestine Cultural Organization Malaysia) yang merupakan rakyat Palestin sendiri dalam temasya Paintball kali ini sudah tentu mewarnakan acara Paintball ini dengan 'semangat Palestin' yang mengujakan.

Sekali lagi Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan penganjur tertutama Aqsa Syarif Selangor yang begitu berani mencuba sesuatu yang baru dan segar dalam mengenengahkan isu Palestin ke tengah-tengah masyarakat Malaysia. Syabas diucapkan pada semua'
 
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
*tulisan di atas adalah teks ucapan Pengerusi Aqsa Syarif ketika merasmikan pertandingan paint ball anjuran Aqsa Syarif Selangor

Wednesday, November 30, 2011

Perutusan Maal Hijrah Aqsa Syarif

Aqsa Syarif mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Sebagaimana sudah menjadi tradisi setiap menjelang tahun baru maka setiap orang akan menanam azam untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan. Bersempena dengan tahun baru Hijrah 1433, kami mengajak seluruh umat Islam untuk memberi perhatian kepada umat Islam di tanah suci Al-Quds yang kini sedang menghadapi penindasan dan penjajahan. Di saat kita meletakkan sasaran untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi dan memperbaiki taraf hidup, saudara-saudara kita berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk meneruskan kehidupan itu sendiri dalam keadaan dinafikan hak mereka yang paling asas sebagai manusia.

Mereka disekat dari mendapat bekalan makanan, air bersih untuk minuman, ubat-ubatan dan bahan bakar. Mereka juga tiada jaminan keselamatan tempat tinggal kerana bila-bila masa sahaja tanah mereka akan dirampas, mereka dihalau keluar dan rumah mereka dirobohkan. Bahkan nyawa mereka sentiasa berada dalam keadaan bahaya akibat terdedah kepada serangan Israel yang boleh dilancarkan tanpa amaran dan secara tiba-tiba.

Inilah senario yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di saat kita menyambut Maal Hijrah. Bagi mereka tahun baru Hijrah hanya menjanjikan satu kepastian iaitu perjuangan untuk pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa pasti diteruskan. Itulah azam yang tertanam kukuh di dalam setiap umat Palestin. Cita-cita untuk melihat tanah suci al-Quds kembali ke pangkuan umat Islam tidak pernah luput dari ingatan mereka. Bahkan inilah azam yang tidak pernah luntur dalam diri para pejuang sejak 66 tahun yang lalu. Semangat jihad yang terus membara disanubari mereka menjadi obor yang menerangi seluruh dunia Islam dan menyuntik kekuatan meski berhadapan dengan pelbagai pengkhianatan dan pembelotan dari kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam yang berkepentingan yang bersekongkol dengan pihak musuh.
Jika diamati, setiap orang akan merasa insaf bagaimana mungkin sebuah umat yang diperangi oleh kuasa tentera yang ke empat terbesar di dunia dan mendapat sokongan padu dari kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dapat bertahan puluhan tahun lamanya. Bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sering memihak kepada kepentingan Zionis kerana didalangi oleh Amerika dan sekutu-sekutunya sering gagal membela kepentingan dan hak rakyat Palestin. Apakah rahsia kekuatan mereka sehingga mereka tidak berganjak langsung dari prinsip perjuangan meskipun diasak dengan begitu hebat oleh Zionis, negara kuasa besar bahkan rejim-rejim negara Arab yang menjadi boneka kepada kepentingan Amerika?

Semua ini menuntut umat Islam di Malaysia untuk mengambil inspirasi dari satu perjuangan yang amat menakjubkan. Apakah yang mendorong satu umat yang tidak punya kekuatan tentera dan senjata untuk berhadapan dengan Israel yang mendapat bantuan hampir USD3 billion setahun dalam bentuk pelbagai senjata terkini. Bahkan mereka bukan sahaja berhadapan dengan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh, tetapi mereka turut dihujani dengan bom fosforus putih yang diharamkan. Kemusnahan kepada nyawa, harta benda dan tempat tinggal tidak dapat dibayangkan. Tetapi semua ini hanya meningkatkan semangat juang dan menyemarakkan lagi jihad di bumi Palestin. Pastinya umat yang berjuang di atas dasar jihad yang benar tidak akan dapat ditundukkan oleh mana-mana kekuatan di bumi ini. Meskipun seluruh dunia menalakan senjatanya kepada umat yang sedemikian, mereka tidak akan mampu menumpaskan satu umat yang kekuatannya datang langsung dari Allah SWT.

Hari ini di saat rakyat Gaza sedang bergelut dengan persoalan hidup dan mati, para pejuang menyibukkan diri mereka dengan mempersiapakan generasi akan datang. Lima puluh peratus anak-anak Gaza berhadapan dengan masalah kurang zat makanan. Sebahagian besar dari mereka tidak dapat meneruskan persekolahan. Bukan sahaja bangunan sekolah sudah ranap menyembah bumi, bahkan kertas dan alat tulis juga tidak dapat dibekalkan akibat sekatan Israel dan penutupan sempadan Gaza dengan dunia luar. Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah SWT. Mereka tetap meletakkan harapan penuh yakin bahawa masa depan Palestin sudah dijamin di dalam Islam. Oleh itu salah satu agenda yang penting yang diberikan perhatian penuh para pejuang ialah membina generasi pelapis. Mereka ditarbiyah dengan al-Quran.

Mereka ditarbiyah untuk menjadi para hufaz dan membawa al-Quran di dalam dada-dada mereka. Pada musim panas yang lalu mereka berjaya menghasilkan 30,000 para hufaz cilik dari kalangan anak-anak lelaki dan perempuan. Sebahagian dari mereka bergelar hufaz hanya dalam tempoh tiga bulan atau lebih pendek dari itu. Program melahirkan generasi Rabbani ini akan menjamin kelangsungan jihad untuk mem pertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Dengan nukleus para rijal yang mempunyai kualiti tarbiyah imaniah ini, benteng-benteng pertahanan umat di bumi al-Quds akan terus dijamin terpelihara dari pencerobohan dan pengkhianatan golongan yang cuba mengkhianati perjuangan ini.

Kami mengajak umat Islam untuk mengimbau perjuangan umat Islam di Palestin sempena Maal Hijrah. Apakah kaitan peristiwa hijrah Nabi SAW dengan perjuangan yang ditempa oleh umat Islam zaman ini terutama di Tanah Suci Al-Quds. Apakah hubungkait peristiwa besar di dalam perjuangan Nabi SAW 1,400 tahun yang lalu dengan kesinambungan perjuangan umat Islam pada hari ini. Pastinya peristiwa hijrah bukan hanya satu peninggalan sejarah tetapi satu panduan yang terus relevan sepanjang zaman. Perjuangan Nabi SAW adalah kemuncak segala perjuangan di antara hak dan batil, di antara kebenaran dan kepalsuan. Allah SWT telah menjadikan resam perjuangan yang batil sentiasa berada di pihak yang kuat dari sudut zahir dan luarannya. Semua itu menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman agar mereka tidak silau dan goyah melihat kekayaan dan kekuatan pendukong-pendukong kezaliman.

Nabi SAW berhadapan dengan penindasan dan penyeksaan golongan penguasa Quraish selama 13 tahun menerajui perjuangan menegakkan kalimah Allah dan kebenaran di bumi Mekah. Mereka merupakan golongan minoriti yang sentiasa diasak oleh pemuka-pemuka Quraish yang berkuasa, berpengaruh dan kaya-raya. Golongan inilah yang memegang tampuk kekuasaan dan tidak pernah henti-henti menyakiti Rasulullah SAW dan orang-orang yang beriman. Sebahagian mereka syahid di tangan penguasa-penguasa ini dan apa yang mampu dilakukan oleh Rasulullah SAW hanyalah menyuruh para sahabatnya bersabar. Apabila semua penyeksaan dan penindasan ini tidak berjaya melemahkan keimanan maka mereka telah mengambil satu pendekatan di luar batas-batas persaudaraan bahkan di luar batas kemanusiaan.

Umat Islam diboikot dan dikepung selama tiga tahun lamanya. Mereka tidak dibenarkan menghubungi dan menyambung silaturrahim meskipun dengan ahli keluarga yang terdekat. Bekalan makanan disekat sehingga ada umat Islam yang meninggal dunia akibat kebuluran. Bahkan Saidatina Khadijah RA dikatakan meninggal akibat kesan dari kekurangan makanan. Namun umat Islam tetap bertahan dan tidak sekali-kali menggadaikan keimanan mereka hanya untuk mengalas perut yang pedih menahan lapar. Mereka tetap bertahan meskipun anak-anak merintih pada waktu malam menahan lapar. Tangisan yang memilukan pada waktu malam telah mendorong orang-orang Quraish yang masih punya hati untuk membekalkan makanan secara sembunyi-sembunyi supaya tidak diketahui orang lain.

Allah SWT telah menguji Rasulullah SAW sehingga kemuncak dan kemudian memberi kelegaan kepada umat Islam dengan campur tangan Allah SWT sendiri. Berakhirnya boikot rupa-rupanya menjanjikan dugaan yang lebih berat kepada Rasulullah SAW. Kematian dua orang yang paling disayangi dan yang paling kuat menyokong dan melindungi Rasulullah SaW iaitu isteri dan bapa saudaranya, Abu Talib sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar pada jiwa Rasulullah SAW. Dalam keadaan menanggung sedih itu Rasulullah SAW tidak berputus asa dan tetap menjalankan amanat dakwah yang dipikulkan ke atas dirinya.
Kunjungannya ke Taif bukan disambut dengan baik bahkan dilempari dengan batu sehingga menanggung luka yang berat. Pada saat sedemikianlah Allah SWT memperjalankan Nabi dalam satu peristiwa yang menakjubkan iaitu Isra’ dan Mikraj. Perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha adalah langkah pertama ke arah kemenangan yang bakal datang. Kembalinya Rasulullah SAW disusuli dengan siri-siri pertemuan dengan penduduk Yathrib. Rasulullah Saw dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib dan diangkat sebagai pemimpin di Madinah. Peristiwa hijrah adalah kunci kepada kemenangan ini.
Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin pada hari ini, peristiwa hijrah adalah satu jaminan dari Allah SWT bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Kekuatan fizikal dan sokongan antarabangsa yang dinikmati oleh Israel tidak akan melindungi rejim haram itu dari kemusnahan. Sebagaimana kepungan dan boikot ke atas Rasulullah SAW gagal maka begitu juga sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza akan gagal dengan kuasa Allah SWT. Sebagaimana komplot dan persekongkolan golongan Yahudi dan munafiq di Madinah begitu juga persekongkolan rejim-rejim Arab bersama Zionis untuk menekan gerakan Hamas dan gerakan Islam di Palestin akan menemui kegagalan.

Golongan Ahzab moden yang diterajui oleh Amerika Syarikat akan gagal sebagaimana gagalnya golongan Ahzab dalam peperangan Khandak. Keyakinan yang bulat inilah yang terus memercikkan api kebangkitan rakyat Palestin. Kini persoalannya ialah apakah peranan umat Islam sejagat? Apakah kita hanya sekadar menonton dan memberi ulasan-ulasan yang kadangkala terpisah dari realiti sebenar. Ramai umat Islam di luar sana merasa sangsi dengan janji Allah SWT. Mereka bukan sahaja mengambil sikap tidak peduli dengan apa yang menimpa tanah suci al Quds bahkan tergamak mencemuh para pejuang dengan kata-kata nista dan penghinaan.

Sebabnya ialah umat Islam tidak kembali kepada persoalan dasar iaitu melihat perjuangan yang berlaku ini dalam konteks Al-Quran dan sunnah. Mereka mengukur kekuatan musuh dengan penilaian kebendaan lalu membuat kesimpulan bahawa perjuangan rakyat Palestin adalah usaha yang sia-sia. Kami menyeru seluruh umat Islam supaya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya dalam menilai perjuangan umat Islam di Palestin. Kemenangan sebenarnya telah ditetapkan oelh Allah SWT bagi hamba-hambanya yang berjihad dengan ikhlas dan penuh keimanan.

Sebagaimana yang disebut lewat hadis-hadis sahih Rasulullah SAW bahawa umat ini akan terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan mutlak kepada mereka. Apabila ditanya oleh sahabat di manakah mereka itu, dijawab oleh Rasulullah SAW, mereka itu berada di Baitul Maqdis. Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa pengkhianatan golongan yang berkhianat tidak akan memudaratkan mereka. Mereka akan tetap menjadi golongan yang menang. Golongan ini disebut oleh Rasulullah berjuang di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan pitu-pintu al-Quds (Baitul Maqdis).
Sempena Maal Hijrah 1433 ini Aqsa Syarif menyeru seluruh umat Islam supaya meletakkan satu azam untuk bersama di dalam jihad mempertahankan tanah suci. Umat Islam diseru memperuntukkan sebahagian dari penghasilan mereka untuk perjuangan pembebesan al-Quds. Barangsiapa yang memberi bekal kepada para mujahidin maka dia juga adalah mujahidin. Dengan hadis Nabi SAW ini, kami mengakhiri perutusan Maal Hijrah ini dengan harapan agar seluruh umat Islam bersama berganding bahu berjuang dengan segala daya dan upaya untuk menyokong jihad di bumi Palestin.

Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad
1 Muharram 1433H

Sunday, October 30, 2011

Qurban di Palestin - tarikh tutup ditunda ke 4 November 2011

Perutusan Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Sempena Zulhijjah



الحمد لله رب العزة والجبروت والصلاة والسلام علي رسوله الأمين وعلي آله وصحبه أجمعين



Menemui ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian,


Sekali lagi kita merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana nikmat-Nya yang terlalu banyak buat kita sebagai hamba-Nya. Semoga kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia ini membawa keberkatan.


Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan ini, sayugia jangan kita lupa untuk mengimarahkan hati dan jiwa agar sentiasa berada dalam kemurnian. Ia perlu sentiasa bersih, suci dan murni untuk menerima kalam-kalam suci daripada al-Quran dan as-Sunnah. Itulah tuntutan tarbiah kita dalam jamaah ini.


Justeru dengan kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia terutama pada 10 hari pertama ini marilah kita bersama-sama mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insya-Allah ia juga menjadi bekalan di sepanjang dakwah yang berkat ini.


الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Ust Tajul Arifin Che Zakaria

Pengerusi JKT IKRAM PUSAT


10 HARI DARI BULAN ZULHIJJAH

KELEBIHAN, CIRI-CIRI DAN PENGAJARAN TARBAWI DARIPADANYA


PENDAHULUAN


الحمد لله الذي أنعم علينا بنعمة الإسلام، والصلاة والسلام على من بعثه الله تعالى بشيراً ونذيراً، وسراجاً مُنيراً للناس كافةً 

وعلى آله وصحبه أجمعين، والتابعين وتابع التابعين إلى يوم الدين، أما بعد؛
 
Uniknya kehidupan seorang Muslim adalah kerana ia dipenuhi dengan amal-amal soleh, ibadah-ibadah yang disyariatkan yang menjadikannya sentiasa dalam ibadah yang berterusan; yang mengubah seluruh kehidupannya menjadi perkataan yang baik, amal yang soleh dan sentiasa maju menuju Allah yang Maha Agung lagi Tinggi, tanpa malas, futur atau terputus-putus. Ia bermakna bahawa kehidupan manusia yang Muslim itu wajib dijadikan seluruhnya sebagai ibadah, taat dan amal soleh yang mendekatkannya kepada Allah Taala, yang menghubungkannya dengan Penciptanya yang Maha Agung dalam setiap juzuk kehidupannya dan dalam setiap urusan kehidupannya.
Kerana inilah, kehidupan manusia yang Muslim itu hampir tidak terputus daripada menunaikan sejenis ibadah yang membayangkan manhaj kehidupan yang menyeluruh lagi sempurna. Sebagai contoh, dia dipertanggungjawabkan untuk menunaikan Solat lima waktu  yang diagihkan masa-masanya dalam tempoh sehari semalam, Solat Jumaat pada setiap minggu, Puasa Ramadhan pada setiap tahun, yang apabila dia telah melepasinya (bulan Ramadhan), maka dia digalakkan untuk berpuasa enam hari daripada bulan Syawal, puasa Isnin dan Khamis dari setiap minggu, puasa tiga hari dari setiap bulan, dan kemudian apabila datang sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, maka amal-amal soleh tadi diterima dengan penerimaan yang agung daripada Allah Taala.
Bukan setakat itu, malah di sana ada pula ibadah Haji dan menunaikan Manasik, Umrah, puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan Haji, kemudian puasa Hari ‘Asyura dan hari sebelumnya atau selepasnya, sebagai tambahan daripada Zakat yang diwajibkan ke atasnya, galakan untuk bersedekah dan Ihsan, memperbanyakkan ibadah Tatawwu’, dan menyuruh dengan kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dengan kata-kata, amal atau niat, serta ibadah-ibadah lain, ketaatan-ketaatan dan pendekatan melalui perkataan dan perbuatan yang menjadikan kehidupan Muslim sebagai kehidupan yang baik, dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang berterusan, yang terikat dengannya dalam bentuk yang sentiasa baharu, sebagaimana Firman Allah s.w.t:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).”

[Asy-Syarh (94): 7]
Dalam tafsiran yang lain,

“Apabila engkau telah lapang, maka bekerjalah.”
Ini menjadikan kehidupan Muslim itu sebagai karnival tahunan yang wajib ke atasnya untuk merebut setiap peluang dan mengumpul bekalan-bekalan kebaikan di dalamnya dengan cara menunaikan ibadah-ibadah yang disyariatkan, memelihara amal-amal dan perkataan-perkataan bermanfaat yang mendekatkannya kepada Allah Taala dan membantunya mengharungi setiap situasi kehidupan dengan jiwa yang baik dan keazaman yang benar.
Berikut adalah perbincangan tentang kelebihan salah satu karnival kebaikan yang baharu dalam kehidupan manusia Muslim itu, yang dipraktikkan dalam sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah, yang memiliki kelebihan dan ciri-ciri, dan penerangan tentang jenis-jenis ibadah dan ketaatan yang disyariatkan di dalamnya; di samping beberapa pengajaran tarbawi daripadanya.



KELEBIHAN HARI SEPULUH
1. Dalam al-Quran: Telah datang petunjuk kepada kelebihan Hari Sepuluh ini di dalam beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah Taala:


وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا 
وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ


"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu daripada (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
[Al-Haj (22): 27 – 28]

Sebagaimana yang telah diungkapkan dalam tafsir ayat ini, Ibnu Katsir berkata: “Daripada Ibnu Abbas r.a: “Hari-hari yang tertentu itu adalah Hari Sepuluh.” [Ibnu Katsir; jilid 3, muka surat 239].

Ia menepati firman Allah s.w.t:

وَالْفَجْرِ. وَلَيَالٍ عَشْرٍ


“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
[Al-Fajr (89): 1-2]

Imam at-Tabari, ketika membentangkan ayat ini dalam tafsirnya berkata: “Firman-Nya, ‘dan malam yang sepuluh’ adalah malam sepuluh Zulhijjah, sebagaimana ijmak hujah daripada para ahli takwil tentangnya.” [At-Tabari; jilid 7, muka surat 514]
Ibnu Katsir telah menyokong pendapat ini dalam tafsirnya terhadap ayat ini dengan berkata: “Dan Malam Sepuluh yang dikehendaki dengannya adalah sepuluh Zulhijjah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Ibnu az-Zubair, Mujahid dan lebih daripada seorang daripada golongan Salaf dan Khalaf.” [Ibnu Katsir; jilid 4, muka surat 535]
Dari sini boleh dikatakan bahawa kelebihan Hari Sepuluh dari bulan Zulhijjah telah datang secara jelas dalam al-Quran al-Karim yang telah menamakannya dengan hari yang tertentu kerana keagungan kelebihannya dan kemuliaan kedudukannya.


2. Dalam Sunnah Nabawi: Telah datang juga sebutan Hari Sepuluh dari Zulhijjah dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang antaranya:


Hadis Pertama:

عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أنه قال: يقول رسول الله  صلى الله عليه وسلم: "ما من أيامٍ العمل الصالح فيها أحبُّ إلى الله من هذه الأيامِ (يعني أيامَ العشر)." قالوا: "يا رسول الله، ولا الجهادُ في سبيل الله؟" قال: ولا الجهادُ في سبيل الله إلا رجلٌ خرج بنفسه وماله فلم يرجعْ من ذلك بشيء
[أبو داود؛ الحديث رقم 2438، ص 370]

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (bermaksud Hari Sepuluh).” Para sahabat telah berkata: “Wahai Rasulullah, dan tidak juga jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Dan tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang telah keluar dengan jiwanya dan hartanya dan tidak pulang darinya dengan sesuatu pun.”
[Abu Daud; hadis no. 2438, muka surat 370]

Hadis Kedua:

عن جابرٍ – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: إن العشرَ عشرُ الأضحى، والوترُ يوم عرفة، والشفع يوم النحر
[رواه أحمد؛ ج 3، الحديث رقم 14551، ص 327]

Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Sepuluh itu adalah sepuluh hari Adha, hari ganjil ‘Arafah dan hari Syafa’at Nahar.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 3, hadis no. 14551, muka surat 327]


عن جابر – رضي الله عنه – أنه قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : "ما من أيامٍ أفضل عند الله من أيامَ عشر ذي الحجة." قال: "فقال رجلٌ: "يا رسول الله، هن أفضل أم عِدتهن جهاداً في سبيل الله؟ قال: هن أفضل من عدتهن جهاداً في سبيل الله
[ابن حبان؛ ج 9، الحديث رقم 3853، ص 164]

Daripada Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah dari hari-hari sepuluh Zulhijjah.” Jabir telah berkata: “Maka seorang lelaki telah berkata: “Wahai Rasulullah, ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik atau menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah?” Rasulullah telah bersabda: “Ia (sepuluh Zulhijjah) lebih baik daripada menyediakannya untuk berjihad di jalan Allah.”
[Ibnu Hibban; jilid 9, hadis no. 3853, muka surat 164]


عن ابن عباس – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: "ما من عملٍ أزكى عند الله ولا أعظم أجراً من خيرٍ يعمله في عشر الأضحى." قيل: "ولا الجهادُ في سبيل الله؟" قال: "ولا الجهادُ في سبيل الله إلا رجلٌ خرج بنفسه وماله فلم يرجعْ من ذلك بشيء." قال: وكان سعيد بن جُبيرٍ إذا دخل أيام العشر اجتهد اجتهاداً شديداً حتى ما يكاد يُقدرُ عليه
[رواه الدارمي؛ ج 2، الحديث رقم 1774، ص 41]

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”
[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]


عن جابر – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: "أفضل أيام الدنيا أيام العشر يعني عشر ذي الحجة." قيل: "ولامثلهن في سبيل الله؟" قال: ولامثلهن في سبيل الله إلا من عفّر وجهه في التُراب
[رواه الهيثمي؛ ج 4، ص 17]

Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”
[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]
Dari sini, boleh kita katakan bahawa keseluruhan hadis ini menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan hari-hari sepuluh itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah yang diberkati.




CIRI-CIRI HARI-HARI SEPULUH:
Hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah memiliki ciri-ciri khusus yang banyak. Sama-sama kita ingati sebahagiannya sebagaimana berikut:

1. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah bersumpah dengannya dalam Kitab-Nya dengan berfirman:

وَالْفَجْرِ. وَلَيَالٍ عَشْرٍ


“Demi waktu fajar; dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”
[Al-Fajr (89): 1-2]
Tidak boleh disangkal lagi bahawa sumpah Allah berkenaan perkara itu menggambarkan kemuliaan dan kelebihannya.


2. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menamakannya dalam Kitab-Nya sebagai “hari-hari yang tertentu”. Hal ini menunjukkan bahawa Dia telah mensyariatkannya dengan menyebutnya secara khusus di dalam Kitab-Nya itu, seperti dalam Firmannya:
 
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ


"Serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu,”
[Al-Hajj (22): 28]
Sebagaimana telah didatangkan dalam sebahagian tafsir berkenaan Hari-hari yang tertentu itu adalah hari-hari sepuluh awal dari bulan Zulhijjah.

3. Sesungguhnya amal-amal soleh pada hari-hari ini sangat dicintai oleh Allah s.w.t. berbanding hari-hari selainnya:

فعن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – أنه قال: "قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم –: ما من 
أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التكبير والتهليل والتحميد
[رواه أحمد؛ ج 2، ص 131، الحديث رقم 6154]

Daripada Abdullah bin Umar r.a., sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada amal yang lebih dicintainya di dalamnya daripada hari-hari sepuluh ini, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Takbir, Tahlil dan Tahmid.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; jilid 2, muka surat 131, hadis no. 6154]

4. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari Tarwiyah”; iaitu hari kelapan Zulhijjah yang dimulakan padanya amalan-amalan Haji.

5. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari ‘Arafah”; iaitu hari yang agung yang menjadi kebanggaan Islam, yang baginya kelebihan-kelebihan yang agung, kerana ia adalah hari pengampunan dosa-dosa dan pelepasan daripadanya, hari pembebasan daripada Neraka dan hari Kebanggaan:


فعن أم المؤمنين عائشة – رضي الله عنها – أنها قالت: "عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: "ما من يومٍ أكثر من أن يُعتق الله عز وجل فيه عبداً من النار، من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يُباهي بهم الملائكة، فيقول: ما أراد هؤلاء؟
[رواه مسلم؛ الحديث رقم 3288، ص 568]

Daripada Ummi Mukminin ‘Aishah r.a. sesungguhnya dia telah berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tiada hari yang lebih ramai Allah s.w.t. bebaskan para hamba-Nya dari neraka daripada Hari ‘Arafah, sesungguhnya Dia akan mendekat dan berbangga dengan mereka di hadapan para Malaikat seraya berfirman: “Apakah yang mereka itu inginkan?”
[Diriwayatkan oleh Muslim; hadis no. 3288, muka surat 568]

6. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Malam Perhimpunan”; iaitu malam Muzdalifah yang para haji bermalam padanya, iaitu pada malam kesepuluh dari bulan Zulhijjah selepas mereka meninggalkan ‘Arafah.

7. Sesungguhnya di dalamnya terdapat kefardhuan haji yang merupakan rukun kelima dari Rukun-rukun Islam.


8. Sesungguhnya di dalamnya terdapat “Hari Penyembelihan”; iaitu hari kesepuluh Zulhijjah yang dianggap sebagai hari teragung dunia:


روي عن عبد الله بن قُرْط عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: إن أعظم الأيام عند الله تبارك وتعالى يومُ النحر، ثم يوم القَرِّ
[رواه أبو داود؛ الحديث رقم 1765، ص 271]

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Qurt bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya hari-hari teragung di sisi Allah adalah hari Penyembelihan, kemudian hari Qar.”
[Diriwayatkan oleh Abu Daud; hadis no. 1765, muka surat 271]

9. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikannya sebagai masa untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan sembelihan korban; seperti Pasar Hadyi yang khusus untuk para haji dan Aidil Adha yang berkongsi antara para jemaah haji dan kaum Muslimin lain yang tidak mengerjakan haji.

10.  Sesungguhnya ia lebih baik daripada hari-hari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan; Syaikh Islam Ibnu Taimiyah, apabila ditanya tentang sepuluh Zulhijjah dan sepuluh terakhir dari Ramadan, yang mana lebih baik, lalu menjawab: “Hari-hari sepuluh Zulhijjah lebih baik daripada hari-hari sepuluh dari Ramadhan, dan malam-malam sepuluh terakhir dari Ramadhan lebih baik dari malam-malam Zulhijjah.” [Ibnu Taimiyah]


11.  Sesungguhnya hari-hari yang diberkati ini dianggap sebagai karnival tahunan yang berulang-ulang yang mengumpulkan di dalamnya ibu-ibu ibadah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ibnu Hajar dengan katanya: “Yang jelas adalah bahawa sesungguhnya sebab yang menjadikan sepuluh Zulhijjah itu istimewa adalah di dalamnya terkumpul semua ibu ibadah iaitu Solat, Puasa, Sedekah dan Haji, yang tidak datang pada hari-hari lain.” [Fathul Bari]


12.  Sesungguhnya ia adalah hari-hari yang dikongsikan kebaikan dan kelebihannya untuk para jemaah Haji ke Rumah Allah dan juga mereka yang tidak mengerjakan Haji; yang menetap di negara mereka masing-masing; kerana kelebihan hari-hari itu tidak terikat dengan tempat tertentu kecuali untuk para jemaah Haji.


SEBAHAGIAN IBADAH DAN KETAATAN YANG DISYARIATKAN PADA HARI-HARI SEPULUH INI:
Tidak syak lagi bahawa beribadat kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan ketaatan melalui perkataan ataupun melalui perbuatan adalah perkara-perkara yang wajib dan dituntut dari seorang Muslim dalam setiap waktu dan ketika. Ibadah itu ditegaskan lagi pada sebahagian waktu dan munasabah tertentu antaranya adalah pada hari-hari sepuluh dari bulan Zulhijjah ini sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam beberapa ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kepada beberapa ibadah yang digalakkan itu. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Memperbanyak mengingati dan menyebut nama Allah s.w.t., berdoa memohon kepada-Nya dan tilawah al-Quran

Allah s.w.t. berfirman:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ


"...serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu,”
[Al-Hajj (22): 28]
Juga sebagaimana galakan dalam hadis Nabi s.a.w. agar memperbanyak mengingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari ini dengan galakan yang khusus:


روي عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – أنه قال: "قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم –: "ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التكبير، والتهليل، والتحميد
[أحمد؛ ج 2، ص 131، الحديث رقم 6154]
Terdapat juga kisah-kisah di mana sebahagian Salaf telah keluar menuju pasar-pasar pada hari-hari sepuluh ini, lalu mereka bertakbir dan orang ramai mengikuti takbir mereka itu, kerana suara takbir dan menyebut nama Allah itu digalakkan untuk ditinggikan, sama ada di penghujung solat, di pasar-pasar, di rumah-rumah, di jalan-jalan atau di tempat-tempat lain. Digalakkan juga memperbanyak doa yang baik pada hari-hari ini untuk merebut kelebihannya dan berasa tamak untuk dikabulkan.


  • Memperbanyak solat sunat
Kerana ia adalah sebaik-baik usaha mendekatkan diri kepada Allah. Juga kerana “perkara-perkara sunat itu melengkapkan kekurangan perkara-perkara fardu. Ia juga antara sebab kecintaan Allah terhadap hamba-Nya dan dikabulkan doanya, selain ia juga adalah antara sebab diangkatkan darjat, dihapuskan keburukan dan ditambahkan kebaikan.” [Abdullah bin Jarullah; 1410 H, muka surat 181]
Nabi s.a.w. telah menyatakan galakan terhadap perbuatan ini secara lisan dan perbuatan sebagaimana yang dikuatkan oleh hadis ini:


روي عن ثوبان – رضي الله عنه – أنه قال: "سألت عن ذلك رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: عليك بكثرة السجود لله؛ فإنّك لا تسجد لله سجدةً إلا رفعك الله بها درجةً، وحطَّ عنك بها خطيئةً
[رواه مسلم؛ الحديث رقم 1093، ص 202]
Diriwayatkan daripada Thauban r.a., katanya: “Aku telah bertanya tentang perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: “Hendaklah engkau memperbanyak sujud kepada Allah kerana dengan setiap sujud engkau kepada Allah itu, Allah akan mengangkatkan untukmu satu darjat dan Allah akan menjauhkan darimu satu kesalahan.”
[Diriwayatkan oleh Ahmad; hadis no. 1093, muka surat 202]


  • Menyembelih binatang korban
Kerana ia adalah ibadah yang disyariatkan, yang dengannya seorang Muslim itu mendekatkan dirinya kepada Allah pada Hari Sembelihan atau dalam tempoh Hari Tasyrik ketika dia menyembelih haiwan Qurban itu sama ada kambing atau lembu atau unta, kemudian dia makan sebahagian daripadanya dan memberi hadiah serta bersedekah. Dalam perkara ini terdapat banyak makna perbelanjaan, pengorbanan dan penebusan, selain meneladani hidayah Nabi s.a.w. yang diberkati.



  • Memperbanyak sedekah dalam bentuk kebendaan dan maknawi
Kerana padanya terdapat makna taqarrub kepada Allah s.w.t, mengharapkan ganjaran dan pahala daripada-Nya dengan cara membelanjakan, memberi dan ihsan kepada orang lain.


مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ


“Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!”
[Al-Hadid (57): 11]
Selain itu, dengannya juga jalinan hubungan kemasyarakatan dapat dikukuhkan melalui perhatian tentang keadaan para fakir, miskin, anak-anak yatim, orang-orang yang memerlukan dan memenuhi keperluan mereka. Bahkan pada sedekah itu juga terdapat ganjaran yang agung walaupun diberikan dalam bentuk maknawi, bukan dalam bentuk material:


فقد ورد في الحديث عن النبي – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: "على كل مُسلمٍ صدقة." فقالوا:
"يا نبي الله! فمن لم يجد؟" قال: "يعمل بيده فينفع نفسه ويتصدق." قالوا: "فإن لم يجد؟" قال: "يُعين ذا الحاجة الملهوف." قالوا: "فإن لم يجد؟" قال: فليعمل بالمعروف وليُمسك عن الشر فإنها له صدقةٌ
[رواه البخاري؛ الحديث رقم 1445، ص 233]
Sebagaimana yang terdapat dalam satu hadis daripada Nabi s.a.w, sabdanya: “Setiap Muslim itu perlu bersedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Nabi Allah! Bagaimana pula bagi orang yang tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah dengannya.” Para sahabat bertanya pula: “Jika dia masih tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia membantu orang yang memiliki keperluan yang mendesak.” Para sahabat bertanya lagi: “Jika dia masih tidak mampu?” Baginda bersabda: “Hendaklah dia melakukan yang makruf dan mencegah keburukan dan perbuatan itu adalah sedekah baginya.”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari; hadis no. 1445, muka surat 233]


  • Berpuasa
Kerana ia adalah sebaik-baik ibadah yang perlu dijaga oleh seorang Muslim disebabkan  keagungan ganjarannya dan pahalanya yang berganda.


عن بعض أزواج النبي – صلى الله عليه وسلم – قالت: "كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يصوم تسعَ ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيامٍ من كُلِ شهر، أول اثنين من الشهر والخميس
[رواه أبو داود؛ الحديث رقم 2437، ص 370]
Beberapa isteri Nabi s.a.w. telah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. akan berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari ‘Asyura, tiga hari dari setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis.”
[Diriwayatkan oleh Abu Daud; hadis no. 2437, muka surat 370]
Bukan hanya ini sahaja... Selain puasa itu adalah antara ibadah yang dapat mendekatkan para hamba kepada Allah s.w.t. dan ganjarannya juga agung, terdapat juga ganjaran lain sebagaimana hadis berikut:


فقد روي عن أبي قتادة الأنصاري – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – سئل عن صوم يوم عرفة فقال: يُكفِّر السنة الماضية والباقية
[رواه مسلم؛ الحديث رقم 2747، ص 477]

Telah diriwayatkan daripada Abi Qatadah al-Ansari r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang Puasa Hari ‘Arafah, lalu Baginda bersabda: “Ia menghapuskan (dosa) tahun yang lalu dan tahun yang selepasnya.”
[Diriwayatkan oleh Muslim; hadist no. 2747, muka surat 477]

  • Qiamullail
Kerana ia adalah daripada ibadah-ibadah yang digalakkan Nabi s.a.w. untuk dijaga walaupun ia tidak wajib. Juga kerana ia adalah daripada jenis ibadah yang dilakukan pada masa-masa tertentu secara khusus, seperti pada malam-malam bulan Ramadan al-Mubarak, malam-malam hari-hari sepuluh dan lainnya. Qiamullail adalah daripada sifat ‘ibadurrahman yang Allah ceritakan tentang mereka dalam firmannya:


وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا


“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”
[Al-Furqan (25): 64]
Mereka menghabiskan malam mereka untuk menyembah Allah s.w.t. dengan mengerjakan solat, bertahajjud, mengingat dan menyebut nama Allah, memohon keampunan dan berdoa kepada Allah, memohon kelebihannya dan memohon perlindungan daripada azab-Nya.



  • Taubat dan kembali kepada Allah
Kerana antara perkara yang disyariatkan pada hari-hari yang diberkati ini adalah agar manusia itu segera bertaubat yang benar dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t, agar dihapuskan dosa-dosa dan kemaksiatan, bertaubat daripadanya seraya mengharapkan apa yang ada di sisi Allah dan merealisasikan firman Allah s.w.t:


وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
[An-Nur (24): 31]
Taubat yang benar itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan jaminan masuk syurga denga izin Allah s.w.t, kerana orang yang bertaubat daripada dosa itu seperti orang yang tiada dosa padanya.



BEBERAPA PENGAJARAN TARBAWI YANG DIPEROLEH DARI HADIS-HADIS KELEBIHAN HARI-HARI SEPULUH:
1. Peringatan Nabi yang bersifat tarbawi itu menunjukkan bahawa amal soleh pada hari-hari sepuluh dari bulan Zulhijjah itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada hari-hari selainnya. Padanya terdapat tarbiah untuk jiwa Muslim agar mengambil berat terhadap peluang tahunan ini yang hanya datang sekali setahun sahaja, juga kepentingan merebutnya dengan melakukan amal ketaatan secara lisan dan perbuatan, kerana padanya terdapat peluang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ia juga dapat membekalkan jiwa manusia dengan makanan roh yang akan meningkatkan sisi maknawi seorang manusia itu, yang akan dapat membantunya mengharungi kehidupan.

2. Petunjuk Nabi yang bersifat tarbawi itu menunjukkan bahawa dalam kehidupan seorang manusia Muslim itu terdapat beberapa peluang yang memerlukan reaksi positif daripadanya dengan cara menukar corak kehidupannya dan memecahkan rutin hariannya yang biasa dengan perkara yang baik untuknya sama ada dalam bentuk perkataan atau amalam. Antara peluang-peluang tahunan tersebut adalah hari-hari yang diberkati ini yang di dalamnya terdapat pelbagai corak ibadah yang dapat memenuhi pelbagai aspek dan sisi kemanusiaan.


3. Kelangsungan hubungan seorang manusia Muslim sepanjang hayatnya bersama Penciptanya Yang Maha Agung melalui pelbagai jenis ibadah yang berbeza-beza itu adalah dengan tujuan agar dia dapat merealisasikan makna ibadah yang sebenar dengan cara melakukan ketaatan yang benar dan kepatuhan yang suci. Inilah yang mengukuhkan bahawa kehidupan Muslim itu seluruhnya adalah ketaatan kepada Allah s.w.t. bermula sejak hari lahirnya hinggalah ke liang lahad sebagaimana yang diungkapkan dalam perbahasan berikut ini:


فالعبادة بمعناها النفسي التربوي في التربية الإسلامية فترة رجوعٍ سريعةٍ من حينٍ لآخر إلى المصدر الروحي ليظل الفرد الإنساني على صلةٍ دائمةٍ بخالقه، فهي خلوةٌ نفسيةٌ قصيرةٌ يتفقد فيها المرء نفسيته صفاءً وسلامةً
[عبد الحميد الهاشمي؛ 1405هـ، ص 466]
“Ibadah itu menurut makna tarbiah kejiwaan dalam tarbiah Islamiyah adalah detik kembali yang segera dari masa ke masa kepada sumber roh agar individu itu sentiasa berhubungan dengan Penciptanya. Oleh itu ia adalah pengasingan jiwa yang singkat di mana seseorang itu mampu menilik jiwanya dan kembali semula kepada kesucian dan kesejahteraan.”
[Abdul Hamid al-Hasyimi; 1405 H, muka surat 466]

4. Kesyumulan amal soleh yang mendekatkan seseorang itu kepada Allah s.w.t. melalui tujuannya mendapatkan perhatian Allah dan keredhaan-Nya, sama ada melalui perkataan ataupun perbuatan; sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis Nabi s.a.w. tentang amal soleh; di mana kata khusus dengan “alif-lam” yang menunjukkan jenis itu merangkumi perkara umum dan tidak khusus; padanya terdapat tarbiah agar diperbanyakkan amal-amal soleh, sebagaimana padanya juga terdapat sisi tarbawi yang tidak boleh diabaikan, iaitu kepelbagaian ibadah dan jenis-jenisnya itu dapat memenuhi semua aspek perkembangan utama (jasad, roh dan akal) dan aspek-aspek lain pada diri seorang Muslim itu.

5. Galakan Tarbiah Islam dalam membuka pintu perlumbaan dalam ketaatan agar setiap manusia dapat memberikan segala yang ia mampu daripada amal kebaikan seperti ibadah-ibadah fardu, ketaatan-ketaatan yang dituntut daripada Haji dan Umrah, Solat dan Puasa, Sedekah dan Zikir serta Doa, dan lain-lain. Padanya terdapat isyarat tarbawi agar lonjakan persediaan peribadi dan kekuatannya untuk mencapai kemuncak apa yang ia inginkan dalam bentuk faedah-faedah, manfaat-manfaat dan tujuan-tujuan ukhrawi yang digambarkan dalam bentuk kejayaan mendapat syurga dan perlepasan daripada neraka.


6. Islam memuliakan dan mengagungkan salah satu rukun Islam yang agung iaitu Haji sebagai satu amalan yang agung yang mengandungi unsur tarbiah yang pelbagai yang tertonjol melalui penyucian seorang individu Muslim daripada hawa nafsunya dan dorongan-dorongan kebendaan, kebebasannya dari ikatan keduniaan, usahanya memenuhi keperluan aspek rohani yang menuntut penjagaan umum dan persediaan khusus untuk melakukan amal-amal soleh sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. dalam banyak hadisnya, kerana padanya terdapat persiapan yang baik agar amal Haji itu diterima, dan dorongan yang kuat untuk melaksanakannya dalam bentuk yang selayaknya dengan kedudukan Haji itu yang – tidak diragukan – merupakan satu kedudukan yang tinggi lagi agung.

7. Mentarbiah Muslim tentang kepentingan menghidupkan sunnah dan syiar-syiar agama yang pelbagai di sepanjang kehidupannya kerana pintu amal soleh itu sentiasa terbuka, tidak pernah tertutup sejak dari seorang manusia itu dilahirkan hinggalah dia mati, sebagai lonjakan daripada petunjuk Nabi yang menggalakkan ke arah itu dan menyeru kepadanya.


Bukan setakat ini sahaja; hari-hari yang agung ini menyimpan banyak pengajaran dan tarbiah, yang kita semua perlu manfaatkan dalam setiap sudut kehidupan kita dan mengambil ilham dalam setiap perkara. 


والله نسأل التوفيق والسدّاد، والهداية والرشاد، والحمد لله رب العباد



Disediakan oleh:

Sekretariat JK Tarbiah IKRAM Pusat

Akhir Zulkaedah 1432H

Monday, September 26, 2011

PACE stand on 2-State Solution

PACE take on the two-state solution.(in the light of the declaration of a sovereign Palestinian state by the UN)

Come September the United Nation will preside over a motion put forward by the Palestinian National Authority to declare unilaterally the birth of an independent Palestine based on the 1967 borders. Over 150 countries have expressed their support to the declaration, a move considered to be necessary in order to establish a lasting peace in the Middle east with the cessation of hostility between Palestine and the Jewish entity of Israel.

While the establishment of a sovereign state of Palestine is looked upon with great enthusiasm by the world community, the reality by which such declaration have any locus standi may be non-existent. If so than the call for the United nation to pass a resolution for Palestine to be declared an independent state would be assigned to just purely an academic exercise. It may not change the status of the West Bank as an occupied territory nor will it have any bearing on the siege that is being continuously imposed on Gaza.

Let us consider the historical background which have lead to the present scenarios surrounding the Palestinian-Israeli conflict. First when Israel launched the June offensive of 1967 (the Six Day War) and annexed all the remaining 23% of historical Palestine in the West Bank including East Jerusalem and Gaza plus Sinai and territories belonging to Syria and Lebanon to the north, the United Nation passed the 242 resolution ‘urging’ Israel to relinquish the territories occupied and withdraw back to the 1967 borders. There is a fundamental problem with 242, even the Arab League has rejected outright because 242 has been left to Israel to make liberal interpretations as to what they would consider as the occupied territories. To Israel, 242 has given them the liberty to decide which additional territories they gained during the Six day War, as occupied and which is rightfully theirs. To this Israel has never recognized East Jerusalem as an occupied territory and has even declare Jerusalem as the united and eternal capital of Israel. From 1967 right to this day, there has been a sustained effort by Washingto DC to recognize the West Bank not as an occupied territory but rather as a disputed territory. In order to systematically deny the rights of the Palestinian people on the remaining 23% of historical Palestine for a homeland and self determination, Israel resorted to settlement activities for immigrant jews in the West Bank, East Jerusalem and Gaza (the settlements in Gaza were torn down before Israel pull out in 2005 and than imposes the debilitating siege from 2006). Eventhough the Oslo Accord of 1993 and the Roadmap of 2005 has envisaged the birth of a soveriegn Palestine state, these peace accords and initiatives only strengthened the clutches of the Zionist regime on the occupied west bank and East Jerusalem. Tel Aviv continues on a policy of land confiscations, home demolitions and citizenship/residency status revocation to make way for more jewish only settlements in the occupied territories. They have one aim in mind i.e. to create a landscape reality that is no longer feasible and possible for an establishment of a sovereign and independent Palestine. At best the so called envisaged sovereign Palestine is more akin to a Bantustan, a patchwork of territories with limited Palestinian authority, divided by large swath of housing estates for the citizens of Israel.

Even if the United Nations vote in favour of an independent and sovereign Palestine (assuming that the US would be kind enough not to veto the proposal), it would be meaningless and has no practical implications. First there is no definite boundaries of the so called Palestinian state, as it would be the prerogative of Israel to decide where would be the international boundaries between the two countries. This did not consider the separation wall that cuts into the occupied territory and misappropriating more Palestinian lands into the so called Israeli security zone. What about the status of the Jewish settlements that have dotted the West Bank, which in effect has become a part of Israel? Not only it has no control over a large part of the West Bank and East Jerusalem, the so called sovereign Palestine state has no borders of her own. The so called international border would be made up by the Separation wall that was built to imprison Palestinians in enclosures and impede their movement in their own country.

What is the position adopted by the Palestinian authority in Gaza? The Hamas lead government in Gaza has maintained that Israel has to withdraw to the 1967 borders without making reference to Resolution 242, dismantle all the settlements in the West bank, secede Jarusalem completely to the Palestine National Authority and to honour the rights of the refugees to return to their homeland.  If these conditions are met than the so called two-state solution can be considered, one where Palestine will be based on the 1967 borders as Jerusalem as the undisputed capital of Palestine. As to the future of the co-existence of Palestine-Israel as neighbouring states, Hamas would be willing to work on a long term ceasefire which gives an assurance to the end of hostility between the two countries over a specified period, but in no unequivocal terms Hamas would recognize Israel, an act that constitute a betrayal to the Palestinian people and the cause of the muslim ummah.

Assoc prof Dr Hafidzi Mohd Noor
Director PACE
Palestine Centre of Excellence